Showing posts with label transportation. Show all posts
Showing posts with label transportation. Show all posts

Wednesday, 22 June 2016

RM30 Saman Kompaun DBKL?

Yeaaahhhh... Aku dapat 'surat cinta' daripada DBKL minggu lepas. Kesalahan: parking di tempat yang tak sepatutnya. Lokasi: Solaris Dutamas.

RM150 tertulis dengan indah sekali. Ditambah pula dengan hujan renyai membasahi pipi eh kepala. Why, abam DBKL, why? Timkai?

Time tu dah pukul 4 lebih kot! Aku punya lah rush ke Sapura HQ dari Sapura Mines sebab boss besar tiba-tiba panggil. Malas nak semak kepala cari parking dalam Publika tu aku pun park la kat tepi jalan dengan kereta-kereta yang lain. Ingatkan dah lepas office hours takde la kena saman. Rajin benor abam DBKL kerja di bulan yang mulia ini...

Ok lah tak nak complain sebab aku mengaku memang salah aku. Dipendekkan cerita aku decide nak pergi pejabat DBKL kat Jalan Raja Laut untuk bayar saman. Kenapa tak bayar melalui MyEG je? Sebab... aku nak cuba buat rayuan pengurangan. Tak cuba tak tahu kan?

Aku mintak izin boss aku untuk cuti hari Selasa (semalam) dan boss kata ok. Pukul 8.30 lebih aku gerak dari rumah aku dan dalam 20 minit sampai la di Menara DBKL. DBKL kat sini ada 2 'menara'. Bayar saman di Menara DBKL 1, bangunan sebelah kiri. Tapi parking di situ sangat lah susah. Ada yang double parking. Aku tak berani parking sesuka hati kang kena saman lagi macam tak makan saman la pulak. Haha.. Cari punya cari rupanya ada parking berbayar sebelah Menara DBKL 2. Sejam RM4. Menangis hakak tapi takpe lah. 
Alhamdulillah... masa aku pergi tu tak ramai orang. Semua penat puasa kot. Ahihi...

*AKP: Akak Kaunter Pertanyaan

Aku: Assalamualaikum kak, tumpang tanya. Kalau nak mohon rayuan pengurangan saman nak buat macam mana?
AKP: Waalaikumsalam... Saman kompaun ye?
Aku: Ye, betul.
AKP: Motor ke kereta?
Aku: Kereta.
AKP: Kalau kereta sekarang ada diskaun bayar RM30 je. Tak payah buat rayuan, boleh terus ke kaunter bayaran. Tekan butang 'A' ye?
Aku: ....... *tekan butang 'A' sambil tersengeh-sengeh*

Biar betik tiga puloh hengget je???? Aku expect paling kurang aku dapat pun RM50. Alhamdulillah syukur daripada kena bayar RM150 aku dapat 80% diskaun... Tak payah tunggu lama, dalam 3 minit nombor aku dipanggil. Aku bagi surat saman aku sekali dengan RM30 pastu settle!
Ada tiga pengajaran aku dapat daripada pengalaman ni:
1) Jangan takut untuk mencuba nasib (asalkan tak menyalahi undang-undang)
2) Jangan malu bertanya (kang tak pasal-pasal beratur depan pejabat rayuan macam dungu)
3) Jangan pandai-pandai parking ikut suka hati (kan dah bazir cuti)

Menurut akak tu, diskaun sampai akhir tahun ni sahaja (2016). So sesapa yang ada saman DBKL tu jangan tangguh-tangguh. Pergi bayar cepat sementara stok masih ada. Lagipun tak elok tangguh hutang. Ahihi... #ustazahsangat


Read More »

Saturday, 28 November 2015

KTM Antarabandar: KL Sentral - Alor Setar (Express Peninsular)

Kali ni terasa mood nak berbahasa melayu bahasa ibundaku pulak la. Bukan apa... Takut kena bash dengan keyboard warriors nanti. Pahlawan (Bahasa) Melayu la katakan. Kuikuikui...


Aku nak bercerita sikit pengalaman aku naik keretapi semasa balik kampung awal bulan November lepas. Alkisahnya, seperti tahun-tahun yang sebelum, aku akan balik kampung jenguk makcik feveret aku. Tak kerap tapi at least setahun sekali mesti balik. Maklum lah, geng #rayakl (poyo :p). Aku selalu balik seorang, so aku lebih suka naik public transport. Senang, tak payah nak drive, pastu boleh baca buku-buku yang dah lama tak dapat perhatian dan kasih sayang aku. Huhuhu...

Selalunya aku balik naik bas tapi kali ni aku teringin nak naik tren koc tidur pulak (atau dalam bahasa omputehnya overnight train). Aku janji dengan makcik aku nak balik minggu birthday dia. Dah kaodim baik punya dengan boss nak balik minggu tu. Tup-tup tiket semua dah sold out. Menangis tak berlagu aku masa tu. So aku pun cepat-cepat beli yang next one punya.

Nak kata jakun, ni bukanlah pengalaman pertama aku bermalam di dalam keretapi. Masa buat trip solo tahun lepas aku ada naik overnight train dari Bangkok ke Chiang Mai. Best gila beb!
#throwback Suasana di Stesen Keretapi Hua Lamphong
Terima kasih abam tren tolong buatkan katil untuk I...

Kematu pungkoq duduk 16 jam dalam keretapi tu habaq hang...

So fast forward ke hari aku bertolak. Lepas kerja aku naik LRT dari rumah aku ke KL Sentral. Tren pukul 12 mlm tapi pukul 10 aku dah bertapak kat sana. Aku berpegang kepada prinsip yang cikgu bahasa Inggeris aku ajar dulu - "Don't be punctual, be early". Haa... Tapi ni awal sangat la gila. Haha. Aku jumpa Zaid kat sana sebab dia nak temankan aku sementara tunggu tren.
Tak sempat dinner. Kedai semua tutup.
Makan maggi dari 7E je la apa ada hal...
 

Tren dijadualkan bergerak dari KL Sentral pukul 12.15 tengah malam tapi pukul 12.20 kitorang masih lagi kat ruang menunggu. Tak ada announcement delay ke apa. Penumpang-penumpang lain dah nampak restless dok menjenguk je kat platform. Zaid pun dah mula bising-bising. Aku? Rileks cool je sambil menghirup sup maggi.

Dalam pukul 12.30 dah mula nampak orang berkumpul kat pintu masuk. Dah sampai dah kot, aku berbisik dalam hati. Announcement macam biasa.. yilek. Sebab dah mengantuk, aku pun ikut sama beratur dengan yang lain. Tak lama lepas tu kitorang dibenarkan masuk. Lepas babai si Zaid aku pun turun ke platform.


Yang bestnya, aku dapat katil atas paling hujung skali. Koc L1 katil 39: koc paling hujung, katil paling hujung. Di penghujung dunia gitu... Hahaha.. Katil dia memang best. Tak macam tilam di Bangkok tu keras dan nipis. Bantal pun sangat empuk tak flat. Abam KTM datang tengok tiket, confirmkan aku nak pergi Alor Setar, pastu punch tiket aku. Lepas semua dah settle, tren pun gerak. Aku apa lagi, bergerak ke alam mimpi jugak la.


Lena tidur aku sekejap je. Aku dikejutkan dengan bunyi beg roda ditarik dan suara budak-budak jakun tengah menjerit. Aku tengok jam, baru pukul 4. Tengok luar, tren tengah berhenti di salah satu stesen. Stesen mana, aku tak pasti. Ipoh kot. Yang aku pasti, budak-budak tu bising yang teramat rasa macam nak selotep je mulut tu. Aku pun buka la laptop buat kerja ofis sikit konon nak kasi mengantuk.

Pukul 5 pagi kerja dah siap tapi mata terbeliak lagi. Nak mencarut tak boleh sebab dah insaf. Haha. Fikir ramai masih tidur, aku pun sarung tudung aku pergi bilik air untuk ambil wuduk. Alhamdulillah toilet tak ada queue. Toilet dia boleh la.. Bersih tapi basah. Aku rasa ramai ambil wuduk kat situ. Ruang kecil, kalau nak basuh kaki mungkin ada problem sikit. Aku ada baca online, dalam tren ada surau tapi kecil je boleh muat 3-4 orang satu masa. Tak pasti ada tempat ambil wuduk ke tak. Campur laki perempuan. Koc mana aku tak tahu. Aku solat kat katil je, senang. Untuk orang berbadan besar mungkin ada masalah sikit nak duduk tahiyat. Kepala aku just nice je cecah siling. Kalau tinggi sikit mungkin dah berlekuk kot.

Lepas Subuh aku pun jenguk la kat luar untuk aktiviti feveret aku - tengok sunrise! Dapat jugak tengok walaupun sipi-sipi je.

 
Subhanallah.. Cantiknya ciptaanMu

Bila matahari dah terbit ni, baru la ada peluang nak snap-snap dalam keretapi ni. Aku tak explore ke mana sebab ada laptop dan lupa pulak nak bawa cable berkunci serbaguna aku tu. So ambil gambar dari tempat aku je la..

Katil sebelah kosong dari semalam. Terlepas tren kah bro?
Di penghujung dunia tren

Aku tak pasti samada ni memang prektis orang KTM ke apa, tapi aku sangat appreciate abam KTM datang jauh-jauh ke tempat aku bagitahu yang dah nak sampai Alor Setar. Dekat orang lain tak perasan pulak dia buat macam tu. Bukan merenyam ok tapi masa di Bangkok aku tak dapat layanan macam tu. So kudos KTM!

Walaupun tren bertolak lambat 15 minit, aku sampai pukul 9.10 pagi tepat ikut jadual. Driver cecah pedal ke ape? Haha... Aku turun di stesen keretapi Alor Setar yang baru siap direnovate. Koc berhenti betul-betul depan tempat orang menunggu. Terasa VVIP gitu... Ahaks!

Pro:
  • Harga boleh tahan. Aku beli RM45 + RM2 online charge untuk berth atas katil kelas dua. Ni tahun 2015 ye...
  • Katil selesa dan bersih
  • Bilik air bersih dan tak berbau
  • Langsir kalis air cahaya untuk privasi dan keselesaan tidur
  • Katil ada lampu kecil untuk membaca
  • Terdapat koc tempat makan
  • Aircond tak terlalu sejuk 
  • Pekerja KTM peramah dan akan inform bila nak sampai ke destinasi
Kontra:
  • Website KTM kurang user friendly. Pemilihan katil agak confusing.
  • Tren delay tapi tak lama. KL Sentral pula tak buat apa-apa announcement.
  • Surau kecil (bak kata blog-blog lain)
  • Tingkap katil atas rendah. Nak tengok luar kena baring atau tunduk
  • Bunyi tren agak bising
Tip:
  • Pembelian tiket: Bagi aku, best way adalah melalui telefon. Website agak complicated even untuk orang yang sudah biasa beli tiket online seperti aku. Semasa sold out mula-mula tu aku call jugak operator KTM. Walaupun aku tanya banyak soalan, operator tu jawab sangat peramah dan professional. Cuma kena tahan telinga sikit la dengar lagu on hold dorang tu.
  • KL Sentral: Kat KL Sentral ada south bound dan north bound punya waiting area. Pastikan anda di tempat yang betul. Ruang menunggu dekat tingkat atas. Kalau anda dari bawah menghadap tangga ke tingkat atas tu, south bound waiting area dekat sebelah kiri, north bound sebelah kanan.
  • Makanan: Seeloknya bawalah makanan sendiri. Aku beli kat KL Sentral je... Dengar kata dalam tren tu makanan semua mahal. Biasalah kalau memonopoli kan? Tapi tak salah juga nak mencuba makan berpanoramakan pemandangan hijau. Ewahh...
  • Keselesaan dalam tren: Bawa juga selimut kecil, sweater atau stokin. Ada disediakan selimut tapi senipis cadar je.
  • Keselamatan barang: Bawa kunci lock jika bawa beg besar. Boleh kunci kat tangga katil
  • Keselesaan tidur: Aku tak galakkan mereka yang light sleeper ambil overnight train ni. Sebab apa? Sebab... tren akan berhenti di beberapa perhentian. Perjalanan pun agak bumpy. So sesiapa yang senang terjaga tu memang tak dapat tidur la malam tu. Kalau terpaksa jugak, bawalah earplugs dan bantal banyak-banyak untuk bina fort.
  • Matahari terbit: Bagi yang suka kejar sunrise macam aku, ambil katil sebelah kanan kalau menghala utara. Common sense la kan matahari terbit sebelah timur.

Kalau difikirkan balik dengan perkhidmatan yang murah dan selesa, 9 jam tu tak rasa lama sangat pun. Aku highly recommend kepada siapa-siapa yang mencari alternatif kepada bas especially yang suka travel solo macam aku ni. Bagi yang ada anak-anak kecil, bagus untuk expose dorang kepada benda-benda macam ni. Cuma pastikan dorang tak buat bising sehingga mengganggu penumpang lain. ;)

Klik di sini untuk beli tiket. Kat sebelah atas kiri (kiri atas?) dalam ruangan 'Train Services' ada link KTMB e-Ticket. Kalau tak ada maknanya post ni dah lama. XD



Read More »