Wednesday, 22 June 2016

RM30 Saman Kompaun DBKL?

Yeaaahhhh... Aku dapat 'surat cinta' daripada DBKL minggu lepas. Kesalahan: parking di tempat yang tak sepatutnya. Lokasi: Solaris Dutamas.

RM150 tertulis dengan indah sekali. Ditambah pula dengan hujan renyai membasahi pipi eh kepala. Why, abam DBKL, why? Timkai?

Time tu dah pukul 4 lebih kot! Aku punya lah rush ke Sapura HQ dari Sapura Mines sebab boss besar tiba-tiba panggil. Malas nak semak kepala cari parking dalam Publika tu aku pun park la kat tepi jalan dengan kereta-kereta yang lain. Ingatkan dah lepas office hours takde la kena saman. Rajin benor abam DBKL kerja di bulan yang mulia ini...

Ok lah tak nak complain sebab aku mengaku memang salah aku. Dipendekkan cerita aku decide nak pergi pejabat DBKL kat Jalan Raja Laut untuk bayar saman. Kenapa tak bayar melalui MyEG je? Sebab... aku nak cuba buat rayuan pengurangan. Tak cuba tak tahu kan?

Aku mintak izin boss aku untuk cuti hari Selasa (semalam) dan boss kata ok. Pukul 8.30 lebih aku gerak dari rumah aku dan dalam 20 minit sampai la di Menara DBKL. DBKL kat sini ada 2 'menara'. Bayar saman di Menara DBKL 1, bangunan sebelah kiri. Tapi parking di situ sangat lah susah. Ada yang double parking. Aku tak berani parking sesuka hati kang kena saman lagi macam tak makan saman la pulak. Haha.. Cari punya cari rupanya ada parking berbayar sebelah Menara DBKL 2. Sejam RM4. Menangis hakak tapi takpe lah. 
Alhamdulillah... masa aku pergi tu tak ramai orang. Semua penat puasa kot. Ahihi...

*AKP: Akak Kaunter Pertanyaan

Aku: Assalamualaikum kak, tumpang tanya. Kalau nak mohon rayuan pengurangan saman nak buat macam mana?
AKP: Waalaikumsalam... Saman kompaun ye?
Aku: Ye, betul.
AKP: Motor ke kereta?
Aku: Kereta.
AKP: Kalau kereta sekarang ada diskaun bayar RM30 je. Tak payah buat rayuan, boleh terus ke kaunter bayaran. Tekan butang 'A' ye?
Aku: ....... *tekan butang 'A' sambil tersengeh-sengeh*

Biar betik tiga puloh hengget je???? Aku expect paling kurang aku dapat pun RM50. Alhamdulillah syukur daripada kena bayar RM150 aku dapat 80% diskaun... Tak payah tunggu lama, dalam 3 minit nombor aku dipanggil. Aku bagi surat saman aku sekali dengan RM30 pastu settle!
Ada tiga pengajaran aku dapat daripada pengalaman ni:
1) Jangan takut untuk mencuba nasib (asalkan tak menyalahi undang-undang)
2) Jangan malu bertanya (kang tak pasal-pasal beratur depan pejabat rayuan macam dungu)
3) Jangan pandai-pandai parking ikut suka hati (kan dah bazir cuti)

Menurut akak tu, diskaun sampai akhir tahun ni sahaja (2016). So sesapa yang ada saman DBKL tu jangan tangguh-tangguh. Pergi bayar cepat sementara stok masih ada. Lagipun tak elok tangguh hutang. Ahihi... #ustazahsangat


No comments:

Post a Comment