"Sediakan payung sebelum hujan" |
Aku ada dua kad kredit - satu dari Maybank, satu lagi dari CIMB. Awal tahun 2016 aku pernah email Maybank untuk request polisi insurans mereka tapi diberitahu travel insurance dari Maybank hanya untuk customer-customer berpangkat Platinum sahaja. Ok fine, merajuk dengan rimau. Lain pula dengan Encik Sotong CIMB kita. CIMB menawarkan travel coverage untuk semua warga
Syarikat Insurans untuk CIMB adalah Allianz. Apa pelindungannya? Dia ada dua bahagian: Pertama, kematian dan hilang upaya kekal. Kedua, faedah kesulitan semasa penerbangan (flight inconvenience). Ni kalau korang ada flight delay ke, kena cancel ke (seperti yang selalu berlaku kepada pengguna Rayani Air tahun lepas), beg hilang ke boleh la claim dengan dorang ni. Berapa banyak boleh claim? Haa.. Korang tengok la sendiri kat bawah ni... (untuk CIMB sahaja. Lain bank lain benefit)
Of course lah salah satu requirement nya ialah kena beli tiket kapal terbang dengan kad kredit tersebut. Automatik dah dapat coverage untuk trip tu. Jangan lupa untuk 'untick' insurans airline tersebut sebelum membuat bayaran kang macam no point la pulak kan? Hehehe...
Perlu ditegaskan di sini, insurans ni tak cover medical ketika melancong ye? So kalau korang eksiden ke jatuh sakit ke atau kena beli ubat masa kat obersea tu, kena la keluarkan duit sendiri melainkan korang ada tambah insurans. Juga tak cover kalau beg korang rosak. Tak pasti bank lain macam mana. Banyak syarikat insurans yang menawarkan polisi-polisi yang murah. AXA ada polisi basic kurang dari RM20 tak termasuk flight inconvenience (CIMB kan dah cover yang tu). Time tu aku tak tahu medical tak cover aku slumber je pergi bercuti. Hahaha... Alhamdulillah tak ada apa-apa yang terjadi.
Had polisi berubah dari semasa ke semasa so kalau nak tahu yang latest boleh la download kat website CIMB. Camni caranya...
1) Pergi ke www.cimbbank.com.my. Hover kat 'Product' kemudian klik 'Cards'.
2) Scroll ke bawah sikit nak hampir ke penghujung page tu cari 'Other Information' kemudian klik 'Terms and Condition'.
3) Voila! Bahasa Malaysia punya bermula muka surat 61. Pasal travel pulak muka surat 100.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh lah hubungi pegawai CIMB di 03-62047788.
No comments:
Post a Comment