Elok la tu ecah.. Lagi seminggu nak game baru hang habaq naa... Kau ingat stamina aku boleh sepersis Captain America dalam masa seminggu ke puan ecah oiii??? Dah la last aku main bola jaring masa Darjah 6. Peraturan semua aku tak ingat. Haa... Ni bidan terjun tak bawak faedah namanya. Ngaaa... Bebel punya bebel aku pun akhirnya setuju..
.
.
.
Tiba hari perlawanan, aku tolong ambikkan 'Welcome Pack' yg tuan Penganjur bagi sebab aku sampai dulu. Sambil tu aku tgk team yg lain warm up. Aku dah mula cuak. Muda nya dorg ni! Umur budak2 u..
Perlawanan bermula dengan doa selamat dan ucapan dari pihak penganjur dan DUN kawasan Jeram.
Oleh kerana ada satu je padang, satu game je dalam satu masa. Nasib kitorang la kan... Jd first team vs Wahoo NC. Lagi cuak.. Dah la lama tak main, kena main dulu pulak tu. Confirm2 semua tengok. Tapi takpe, tebalkan muka tunjuk confidence, tu penting. Aku jd WD.
Cut story short, we didn't even make it to the next round. Hahaha... They were really good... Both teams... Kami ni hakak2 tak kuad. Hahaha..
Overall, aku seronok dpt bersukan balik. Asyik duduk dlm office bikin lemak tepu je, sekali skala nak jugak keluarkan peluh. Terima kasih Aisyah sebab mengajak! Bersyukur dpt kenal dengan kakak2 sporting.
Lepas tournament tu, kitorang semua berpakat nak kekal aktif dengan training setiap minggu. Skrg kami dikenali sebagai family Perfect Misfits. More trainings, more games, Insya Allah satu hari Perfect Misfits akan menang.
No comments:
Post a Comment